Saturday, October 29, 2011

Nama Pura

 Hohoho ini first time saya ikut Blog Of The Month ni~ Ok, let's go straight to the point.


Dalam family saya, kami ada seramai 7 orang adik beradik. Semua pun suka buat bising. Masing-masing ada nama panggilan/nama pura tersendiri hasil ciptaan kreatif kedua ibu bapa. Nama sebenar saya ada lah Mitchelle dan bukannya Britney Spears, tetapi oleh kerana saya kelihatan paling ganjil, maka saya pun dipanggil Kurus. Yes, Kurus. Mungkin sebab saya kelihatan seperti salah seorang kanak2 Afrika yang dilihat oleh ayah di rancangan National Geographic.

Barangkali ini la sumber inspirasi ayah ku:

photo from Guilford

Tapi ini tidak bermaksud bahawa adik beradik saya yang lain bersaiz ikan paus. Tidak. Tetapi mungkin kerana ibu bapa saya melihat himpunan nasi menggunung yang habis dicerna oleh perutku setiap hari langsung tidak memberi 'side effect' terhadap berat badan saya. Kuruuuus memanjang. Sudah lah tinggi (mengkali la), kurus lagi. Apa tidak kena panggil "Kurus! Oh kurus!".

Nama tersebut begitu sinonim terhadapku sampaikan kadang-kadang geram juga bila terdengar "Kurus! Mari sini Kurus!" Aduhai... cuba la panggil nama yang cute sikit. Ini, macam terasa benar bahang Afrika menusuk tulang rusuk.

Nama tersebut melekat sampai lah saya dewasa. Terutama bapa saya. Dia lah yang suka betul pangil kurus kurus nih. Walaupun kadang-kadang terasa seperti kemontelan melanda diri, tetapi apabila mendengar "Kurus~ Oh Kurus~" aisshhhh sodap jugak telinga mendongar eya~ Macam susut terus saiz pinggang. Hahhau~

Oleh kerana sukar untuk mencari gambar zaman dahulu kala (bagaikan mencari gambar zaman perang. susah betul mengorek khazanah album) maka saya selitkan gambar yang dimanipulasikan agar serupa dengan tukang cerita.


Haaa ada la iras-iras sikit.

2 comments:

If you are smart and kind enough to comment, just go on with it. But if you refuse, it's okay. I wont eat you anyway. Hopefully. :B