Friday, November 4, 2011

Hujung Minggu: Masa untuk balik kuang



Cuti hujung minggu. Syok ka cuti? Memang la. Dapat tidur sampai pukul 12.30 pm, dapat baring-baring sambil tebatuk-batuk tengok Wipeout di AXN, tidak pun tengok rancangan Chef Wan di AFC sambil bising-bising sebab kelaparan melihat ayam masak lemak ayam cili api campur kepala udang cecah sambal timun.  

har har har : from PopTower

Bagi mereka yang mengamalkan hidup yang sehat, ada yang pergi bersenam, lari sana sini, lompat keluar tingkap masuk balik rumah jiran, angkat batu dari bukit sambil berjoging ditambah dengan push up satu tangan bersama dua gelen air diletakkan di belakang.

Untuk mereka yang lebih gemar berekreasi, selalunya mereka menghabiskan masa bersama keluarga berkelah di taman bunga ditemani oleh datuk nenek sambil memancing ikan jalak, ikan keli dan kalau bernasib baik, ular. Kanak-kanak bermain layang-layang hingga putus dan adik-beradik perempuan akan bermain puteri bertelinga bulat manakala kakak-kakak akan menangkap gambar masing-masing dengan bermulut itik dan dengan segera menguploadkan 41 gambar ke dalam satu album sekaligus.


from topcultured 




Bagusss bagus....
Sememangnya hujung minggu adalah hari yang paling menggembirakan bagi semua rakyat.


from Womenesi
Berbeza bagi ibu bapa yang sehari suntuk menguruskan hal-hal keluarga, hal pekerjaan, hal ehwal masyarakat dan dunia, serta seluruh alam semesta. Mereka yang terdiri daripada ‘workaholic’ ataupun penggemar overtime secara tidak langsung melakukan hal-hal pekerjaan semasa cuti hujung minggu contohnya membuat assignement dan lain-lain. Mereka terlalu memikirkan ‘kerja kerja kerja’ sehingga mereka ‘lupa lupa lupa’ untuk ‘makan makan makan’ dan ‘mandi mandi mandi’. Bangun sahaja dari tidur yang berlangsung selama 3 jam sahaja, terus menuju ke bilik air dan terus bersiap dan makan roti mayat sebagai sarapan tanpa menyedari bahawa mereka lupa lupa lupa untuk berus gigi.  


Cuba kita lihat akan nenek moyang dahulu kala. Mari kita terbang ke masa silam iaitu pada zaman Flintstone dan T-Rex. Orang pada zaman itu hidup dalam keadaan selamba, tidak risau akan duit, menghabiskan masa bersama keluarga kecuali ketika memburu haiwan liar seperti cicak hutan, tupai terbang dan Komodo Lion. Mereka tidak perlu risau tentang apa yang perlu dipakai kerana kulit Rhinoceros senang didapati. Mereka juga tidak perlu risau tentang duit kerana mereka tidak tahu apa itu duit.


Tidak seperti masyarakat kini dimana amat risau akan segala sesuatu seperti stokin apa yang perlu digunakan ketika interview, contact lens mana satu yang perlu dipakai ke majlis cukup bulan anak jiran sebelah, perisa Meggi mana satu yang hendak dijadikan sarapan atau beg tangan mana satu yang hendak dipakai ketika menghadiri upacara pengebumian.     


Sejak bila saya drift dari cuti hujung minggu ke topik masyarakat tidak seimbang ni, saya pun tidak peduli. Tapi apa yang penting adalah kita harus menggunakan masa yang terluang sebaik-baiknya. Selain daripada tidur makan lepak makan tidur ketawa, jangan lupa untuk bantu ibu bapa membersihkan tandas, tolong cuci saluran parit ka, atau tolong lipat kain pun cukup la. 


Ni hadiah untuk hujung minggu kamu k. 


No comments:

Post a Comment

If you are smart and kind enough to comment, just go on with it. But if you refuse, it's okay. I wont eat you anyway. Hopefully. :B